• Masjid Kristal

    Masjid Kristal merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu. Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi.

  • Muzium Terengganu

    Muzium Negeri Terengganu telah ditubuhkan pada tahun 1976 di bawah Enakmen Bil. 9 Tahun 1976. Penubuhan ini telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada 28 Disember 1976 dan mula berkuatkuasa pada 1 November 1977. Era tahun 1980 an telah meningkatkan lagi perkembangan Muzium Negeri.

  • Pasar Payang

    Pasar Payang terletak di tepi sungai Terengganu dan sebuah destinasi terkenal di Kuala Terengganu. Terletak dalam sebuah bangunan moden ini menawarkan pelbagai jenis hasil kraftangan tradisional seperti batik, kain sutera, songket, kain brocade and barangan logam serta sayur-sayuran yang segar.

  • Masjid Terapung

    Dikenali sebagai 'Masjid Terapung', seni binanya gabungan pengaruh moden dan 'Moor'. Ia kelihatan unik dan cantik pada malam hari. Masjid Tengku Tengah Zaharah dibina di atas pelantar terapung, memberikan ia sudut unik. Ia terletak di sungai Terengganu dan salah satu seni bina moden hasil salah seorang putera DiRaja Terengganu.

  • Istana Maziah

    Dibina dengan senibina Perancis, Istana DiRaja ini menjadi kediaman rasmi pemerintah negeri terdahulu. Kini, ia digunakan sewaktu upacara rasmi DiRaja atau majlis keraian rasmi negeri. Terletak di Bukit Puteri di Kuala Terengganu, istana ini menjadi kebangaan rakyat negeri Terengganu.

  • Pulau Redang

    Pulau Redang yang terletak 45km dari pinggir pantai Kuala Terengganu merupakan pulau terbesar dari gugusan sembilan buah pulau yang terlindung di Laut China Selatan. Pulau ini menawarkan air laut yang jernih dan beraneka tapak selaman skuba bagi penggemar aktiviti menyelam.

  • Tasik Kenyir

    Tasik Kenyir yang cantik ini adalah tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara yang merentasi 260,000 hektar. Ia turut menempatkan lebih 8,000 spesies bunga, 2,500 spesies tumbuhan, 800 spesies orkid dan 300 spesies kulat.

  • Rantau Abang

    Rantau Abang yang terletak 60km ke selatan bandar Kuala Terengganu. Di sini, pelawat boleh menunggu dari tengah malam hingga ke subuh bagi melihat penyu belimbing yang besar naik ke darat untuk bertelur. Rantau Abang ialah salah satu dari enam lokasi di dunia yang dikunjungi oleh penyu-penyu ini dari bulan Mei hingga September.

  • Taman Tamadun Islam

    Taman Tamadun Islam merupakan sebuah kembara interaktif monumen Islam di serata dunia. Ia memberikan pendidikan dan hiburan informatif tentang destinasi Islam dunia. Taman Tamadun Islam adalah taman tema pertama yang mengiktiraf seni bina Islam. Kompleks ini menempatkan 21 replika bangunan berkaitan sejarah Islam dunia.

  • Pulau Kapas

    Pulau Kapas yang terletak kira-kria 6km dari pinggir pantai Marang ialah sebuah pulau yang tersohor dengan air lautnya yang jernih, pantai berpasir putih dan lambaian pohon kelapa yang gemalai. Pulau ini yang agak terpencil, jauh dari kesibukan di tanah besar merupakan destinasi yang paling sesuai untuk mereka yang mencari tempat untuk ketenangan.

  • Pulau Lang Tengah

    Pulau Lang Tengah ialah sebuah pulau kecil yang terletak di antara Pulau Perhentian dan Pulau Redang. Pulau ini juga adalah antara tapak menyelam yang terbaik di Malaysia!

  • Pulau Perhentian

    Pulau Perhentian terbahagi kepada dua iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. Pulau Perhentian yang dilitupi hutan yang bersih, pepohon kelapa, pantai yang putih dengan pasir yang halus dan dikelilingi air laut yang biru dan jernih merupakan tempat persinggahan nelayan, burung-burung yang berhijrah dan pelancong yang datang bercuti di sini.

  • Pulau Tenggol

    Pulau Tenggol merupakan sebuah lagi destinasi menyelam yang mempesona dan terletak hanya 45 minit dari persisiran pantai Kuala Dungun di bahagian selatan negeri Terengganu. Pulau ini kecil - hanya 3 km panjang dan 2 km lebar. Pedalaman pulau ini dipenuhi tebing batu yang curam.

  • Pulau Tanjung Jara

    Terletak berdekatan Laut China Selatan, Pantai Tanjung Jara mempunyai kawasan pasir halus keemasan yang menarik. Alami pengalaman luar biasa melihat matahari naik serta terbenam dengan hembusan lembut bayu laut di wajah anda. Pantai ini juga lokasi menarik untuk luncur air, menaiki bot, kayak, menyelam dan pelbagai sukan air lain.


Pantai Batu Rakit

0


Pantai Kelulut

0






Pantai Kelulut terletak di antara Marang dan Rantau Abang. Pantai ini mempunyai pasir yang jernih dan putih serta tiupan angin yang segar telah menghidupkan lagi suasana di pantai ini. Dalam pada itu, terdapat pokok pine sepanjang pantai telah menaikkan lagi kehidupan alam yang menghijau.


De'Leeja Homestay

1


Kuih Akok

0


Sutra Beach Resort Terengganu

0


Sutra Beach Resort Terengganu merupakan satu tempat penginapan mewah yang popular. Tempat ini menyediakan pelbagai kemudahan untuk para pelawat yang menginap di sini.


Para tetamu boleh memanfaatkan aktiviti sukan atau kegiatan waktu lapang seperti urut, kolam renang (kanak-kanak), jakuzi, sauna, bilik wap, spa, kolam renang luar di hotel ini. Para tetamu akan mendapati bahawa hotel berorientasikan perkhidmatan serta mempunyai kemudahan luar biasa ini memberikan nilai terbaik.



R.P.S Malaysia Terengganu

2


Nelayan Terengganu

0






Nelayan merupakan salah satu pekerjaan yang molek. Antara aktiviti yang dilakukan hampir setiap hari ialah menangkap ikan kerana ia merupakan salah satu sumber pendapatan harian untuk menyara keluarga. Pada arus modenisasi ini, nelayan merupakan antara pekerjaan yang berpendapatan tinggi dalam negara ini.



Ole-Ole Terengganu

0








Ole-ole Terengganu ini selalunya diperbuat daripada tembaga dan besi. Terdapat banyak di tempat-tempat pelancongan di Terengganu ini. Harganya sangat perpatutan dengan nilai hasil seninya yang menarik dan mengagumkan.


Wayang Kulit

0


Kampung Cina Terengganu

0


Firefly - Sungai Yak Yah

0


Hutan Lipur Lata Payung

0




 

Csq Terengganu Copyright © 2010