skip to main
|
skip to sidebar
Home
About Me
Terengganu
Top Ranking
Pulau Terengganu
Pantai Terengganu
Aktiviti 2010
Contact Me
Pasar Payang
Pasar Payang terletak di tepi Sungai Terengganu dan merupakan salah satu destinasi pelancongan yang paling terkenal dan tempat paling ramai dikunjungi oleh pelawat mahupun penduduk tempatan yang paling terkenal di Terengganu.
Pasar yang terletak di dalam bangunan moden ini menawarkan pelbagai jenis hasil kraftangan tradisional Terengganu seperti batik, kain sutera, songket, kain brocade dan barangan logam serta sayur-sayuran yang segar. Dalam pada itu, terdapat pelbagai jenis makanan tradisional Terengganu seperti keropok lekor yang telah menjadi satu ikon yang begitu popular dikalangan pelawat yang datang dan telah menjadi satu kemestian untuk membelinya disamping barang-barangan lain.
Pelawat yang berkunjung ke pasar ini pasti berpuas hati dan seronok membeli barangan tempatan di sini pada harga yang berpatutan. Pasar ini juga merupakan tempat yang sesuai untuk mengenali dan memahami budaya di sini sambil dapat melihat pelbagai karenah penduduk membeli-belah. Oleh itu, pelawat harus berkunjung ke pasar ini jika melawat ke Terengganu.
0 comments:
Post a Comment
Pemerintah & Menteri Pelancongan
MAS
AIRASIA
FIREFLY
View shoutbox
Csq Terengganu
Copyright © 2010
0 comments:
Post a Comment