skip to main
|
skip to sidebar
Home
About Me
Terengganu
Top Ranking
Pulau Terengganu
Pantai Terengganu
Aktiviti 2010
Contact Me
Bukit Besi
Bukit Besi dahulunya merupakan tempat perlombongan bijih besi dalam daerah Dungun. Ia telah dilombong oleh syarikat dari Jepun sebelum 1939 lagi. Lombong ini telah ditutup berikutan bijih besi di sini telah habis dilombong oleh syarikat Jepun suatu ketika dahulu.
Jarak dari Kuala Dungun lebih kurang 35 KM. Suatu ketika dulu juga Bukit Besi di kenali dengan jolokan London Malaysia, di sini terletaknya Tasik Permaisuri yang dahulunya adalah bekas lombong bijih besi. Tasik Permaisuri bakal menjadi lokasi Sukma 2008 bagi acara kayak.
Di Bukit Besi terdapat landasan kereta api untuk mengangkut keluar bijih besi. Inilah keunikan Bukit Besi kerana Terengganu sendiri tidak punya landasan kereta api. Oleh itu, bagi sesiapa yang ingin mendapat lebih banyak maklumat tentang Bukit Besi ini bolehlah datang melawat ke Terengganu.
0 comments:
Post a Comment
Pemerintah & Menteri Pelancongan
MAS
AIRASIA
FIREFLY
View shoutbox
Csq Terengganu
Copyright © 2010
0 comments:
Post a Comment