Nasi Kerabu


Nasi kerabu merupakan hidangan nasi yang asalnya bewarna kebiruan, dan biasanya dimakan dengan ikan kering atau ayam goreng, keropok, budu dan ulam-ulaman lain. Warna biru nasi terhasil daripada kelopak bunga telang yang digunakan dalam masakan. Kini kesukaran menyediakan pewarnanya, menyebabkan ia disediakan bersama nasi putih biasa atau warna nasi kerabu kuning yang dimasak dengan menggunakan kunyit.

Bahan-bahan
  1. @@ Nasi @@
  2. 4 cwn beras
  3. 1 sudu kecil garam
  4. 4 1/2 cawan air 
  5. 2-3 titik pewarna kuning
  6. 2-3 helai daun limau purut(optional)
  7. 1 btg serai-diketuk(optional)
  8. @@ Sambal Tumis @@
  9. 5-10 biji lada kering
  10. 1/2 biji bawang besar
  11. 2 ulas bawang putih
  12. 1cm halia
  13. 1cm kunyit/ 1 sk serbuk kunyit
  14. 200ml/ 1/2 tin santan pekat
  15. 2 btg serai
  16. 2 keping asam gelugur
  17. 2 sudu besar budu / 3 sudu besar sos ikan
  18. garam dan gula melaka
  19. @@ Sambal ikan @@
  20. 1 ekor ikan kembung- saiz besar
  21. 1 cawan kelapa kering/ kelapa parut
  22. 2 ulas bawang putih
  23. 1/3 biji bawang besar (4-5 biji bawang merah)
  24. 1 batang serai
  25. 1cm halia
  26. @@ Kerabu @@
  27. kubis
  28. timun
  29. taugeh
  30. daun kesum
  31. @@ Bahan lain- optional @@
  32. solok lada
  33. telur asin
  34. bawang jeruk
  35. ayam goreng kunyit
  36. sambal belacan
Cara-cara
  1.  ## Sediakan sambal tumis ##
  2. blend lada kering, bawang, kunyit dan halia sehingga lumat.
  3. Panaskan minyak(kena banyak siket), tumis semua bahan blend tadi sehingga pecah minyak
  4. ## Masak nasi ##
  5.  Cucikan beras dan masukkan semua bahan utk masak nasi yang lain. Masaklah seperti masak nasi biasa.
  6.  ## Cara sedia sambal kelapa ikan ##
  7. Bersih ikan dan bakar. Sementara tu bolehlah goreng kelapa
  8.  Goreng kelapa tanpa minyak dengan api kecil sehingga jadi perang. Kalau kelapa parut ni kasar, bolehlah ditumbuk sekejap ketika kelapa masih panas-panas.
  9. Asingkan isi ikan dengan tulang. Tumbuk isi ikan untuk kelihatan halus.
  10. Tumbuk pula bawang dan serai, sehingga lumat. Kalau guna food processor masukkan bawang dan isi ikan sekali gus ke dalam food processor .
  11. Campur sekali ikan dan bawang, goreng tanpa minyak sehingga agak garing.
  12. Campurkan ikan dengan kelapa goreng tadi. Masukkan garam dan gula. Gaul hingga sebati.
  13. @@ Kerabu @@
  14. Hiris semua sayur dan gaul ratakan.
  15.  Bila nak makan tu, ambik sikit semua bahan dan letak ke dalam nasi. Boleh juga dimakan dengan bahan lain tu.. lagi sedap


0 comments:

Post a Comment



 

Csq Terengganu Copyright © 2010