skip to main
|
skip to sidebar
Home
About Me
Terengganu
Top Ranking
Pulau Terengganu
Pantai Terengganu
Aktiviti 2010
Contact Me
Lata Cemerong
Lata Cemerong terletak kira-kira 112 kilometer dari Dungun, Terengganu. Lata Cemerong mempunyai kawasan air terjun yang tertinggi di Malaysia, setinggi kira-kira 300 meter. Berkunjung ke air terjun ini pengunjung akan tertarik dengan keindahan alam semula jadi terutama flora dan fauna di kawasan hutan yang belum diusik dan diterokai itu.
Beberapa kilometer sepanjang jalan masuk imej kelam air terjun yang dilindungi oleh kabus boleh kelihatan di atas pokok-pokok sawit yang rendang. Tambah menarik apabila mendengar bunyi kicauan burung dan desiran air yang mengalir di celah batuan besar.
Dalam pada itu, pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti lain yang telah disediakan. Antara aktivitinya ialah berkhemah di kawasan hutan mahupun di persisiran air terjun, bagi pengemar aktiviti lasak mereka boleh melakukan jungle tracking mendaki puncak air terjun. Bagi yang berkeluarga mereka boleh berkelah sambil mandi-manda di kawasan kolam yang bersaiz agak luas berhampiran dengan air terjun. Selain itu, banyak kemudahan telah disediakan untuk memudahkan pengunjung antaranya kerusi rehat, tandas, tempat letak kereta dan gerai menjual makanan.
0 comments:
Post a Comment
Pemerintah & Menteri Pelancongan
MAS
AIRASIA
FIREFLY
View shoutbox
Csq Terengganu
Copyright © 2010
0 comments:
Post a Comment