skip to main
|
skip to sidebar
Home
About Me
Terengganu
Top Ranking
Pulau Terengganu
Pantai Terengganu
Aktiviti 2010
Contact Me
Tasik Kenyir
Tasik Kenyir ialah tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara. Tasik ini dilitupi oleh lebih 340 pulau-pulau di sekitarnya dalam kawasan tadahan air yang berkeluasan 38000 hektar. Tasik ini dianggar sebesar Singapura. Tasik Kenyir mendapat namanya daripada salah satu sungai yang dikenali sebagai Kenyir River tetapi sungai itu sudah berada dalam Tasik Kenyir yang hampir dipenuhi oleh sumber-sumber alam.
Tasik Kenyir dikenali sebagai satu destinasi pelancongan yang unik, senarionya kepelbagaian kehidupan alam seperti flora dan fauna yang begitu indah disekeliling Tasik Kenyir. Ia dapat dibuktikan dengan penemuan lebih daripada 8000 spesies bunga, 2500 spesies tumbuhan dan pokok-pokok, 8000 spesies orkid-orkid, 370 spesies burung, 300 spesies ikan air tawar.
Tasik Kenyir menyediakan pelbagai kemudahan untuk para pelancong yang datang sama ada dari dalam negara mahupun dari luar negara untuk merasai satu persekitaran yang unik. Antara aktiviti yang ada di Tasik Kenyir ialah memancing, bermain golf, berkayak, berkhemah dan beberapa aktiviti-aktiviti lain.
Dengan seni bina chalet-chalet dengan ukiran gaya tradisional dan diperbuat daripada kayu telah menghidupkan lagi suasana alam sekitar yang berada di sekeliling chalet. Tempat ini merupakan salah satu tempat yang sesuai dan perlu dilawati bagi setiap pelancong yang melawat ke Terengganu kerana ia antara tempat yang paling popular.
0 comments:
Post a Comment
Pemerintah & Menteri Pelancongan
MAS
AIRASIA
FIREFLY
View shoutbox
Csq Terengganu
Copyright © 2010
0 comments:
Post a Comment