skip to main
|
skip to sidebar
Home
About Me
Terengganu
Top Ranking
Pulau Terengganu
Pantai Terengganu
Aktiviti 2010
Contact Me
Taman Tamadun Islam (TTI)
Taman Tamadun Islam (TTI) merupakan sebuah taman tema yang mengetengahkan keunggulan kesenian warisan dan seni bina Islam dari seantero dunia yang terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu yang sebelum ini sunyi dan tidak berpenghuni dan hanya dipenuhi hutan nipah.
Kompleks ini menempatkan 21 buah replika yang berskala 1:8 daripada saiz asal bangunan berkaitan sejarah Islam dunia. Tarikan utama di sini termasuklah Masjid Negara (Malaysia), Taj Mahal (India), Al-Hambra Citadel (Spain), Dome of the Rock (Palestin) dan Masjidil Haram (Arab Saudi).
Terdapat juga Mimbar Xian (China), Masjid Kul Syarif (Russia), Mimbar Kalyan (Uzbekistan), Makam Abu Nasr (Afghanistan), Aleppo Citadel (Syria), Masjid Besar Agadez (Nigeria), Mimbar Berputar Samarra (Iraq), Masjid Mohd Ali (Kaherah) dan Masjid Besar Qairawan (Tunisia).
Ikon bagi Taman Tamadun Islam ialah Masjid Kristal yang telah menjadi mercu tanda baru bagi negeri Terengganu. Masjid ini mempunyai ceriteranya sendiri dan unik kerana dibina menggunakan hampir keseluruhan kristal kaca dan besi. Masjid ini telah berdiri megah di Pulau Wan Man.
Selain membina 21 replika sedia ada, kerajaan negeri bercadang untuk membina kincir angin yang bersaiz lebih besar dan menyamai kincir angin yang digunakan pada zaman dahulu. Pelancong yang melawat ke Taman Tamadun Islam boleh menikmati pelbagai kemudahan yang telah disediakan seperti basikal, rumah sewa dan sebagainya. Dalam pada itu, pelancong boleh mengenali asal usul pembinaan masjid yang ada di TTI disamping mengetahui kisah dan peristiwa disebalik pembinaan masjid tersebut.
0 comments:
Post a Comment
Pemerintah & Menteri Pelancongan
MAS
AIRASIA
FIREFLY
View shoutbox
Csq Terengganu
Copyright © 2010
0 comments:
Post a Comment