skip to main
|
skip to sidebar
Home
About Me
Terengganu
Top Ranking
Pulau Terengganu
Pantai Terengganu
Aktiviti 2010
Contact Me
Keropok Lekor & Budu
Keropok lekor merupakan sejenis makanan tradisional pantai timur, khususnya di Terengganu yang terkenal dengan makanan laut. Keropok diperbuat daripada isi ikan laut dan campuran sagu dan sedikit garam. Terdapat juga keropok yang dicampurkan dengan tepung kanji. Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan digentel panjang bertali, sebelum direbus didalam air panas. Keropok lekor boleh dimakan sebaik sahaja direbus didalam air panas mahupun digoreng dengan dicicah sos cili. Kandungan yang terdapat didalam keropok lekor ini begitu baik kerana mengandungi protin yang tinggi dengan iodin semulajadi yang terhasil daripada campuran ikan.
Budu sejenis pekasam yang diperbuat daripada ikan bilis. Budu selalunya dimakan dan dicampurkan ke dalam bahan makanan bertujuan untuk menyedapkan rasa masakan. Budu mempunyai pelbagai khasiat yang tidak dapat dinafikan lagi kerana budu mengandungi glutathione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toksik dan meningkatkan daya tahan tubuh. Dalam pada itu, budu ini juga boleh digunakan untuk memerangi penyakit yang merbahaya seperti penyakit kanser. Budu merupakan makanan yang baik dan sesuai untuk dimakan bagi menjaga kesihatan tubuh badan terutamanya kepada pesakit-pesakit yang menghidap penyakit kronik.
0 comments:
Post a Comment
Pemerintah & Menteri Pelancongan
MAS
AIRASIA
FIREFLY
View shoutbox
Csq Terengganu
Copyright © 2010
0 comments:
Post a Comment