skip to main
|
skip to sidebar
Home
About Me
Terengganu
Top Ranking
Pulau Terengganu
Pantai Terengganu
Aktiviti 2010
Contact Me
Pantai Tanjung Jara
Pulau Tanjung Jara terletak berdekatan Laut China Selatan, Pantai Tanjung Jara mempunyai kawasan pasir yang halus keemasan yang dapat mengamit jiwa para pelancong yang datang yang sangat menarik. Alami pengalaman luar biasa melihat matahari naik serta terbenam dengan meniup udara segar disamping hembusan lembut bayu laut di wajah anda.
Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sekitar pantai ini seperti berkayak, menaiki bot, menyelam dan banyak lagi yang boleh anda lakukan ketika berada di sini. Bagi pengemar sukan air anda boleh datang mengunjungi Pantai Tanjung Jara. Pantai ini juga telah menjadi tumpuan keluarga untuk bercuti disamping berkelah dan bersantai.
Pantai Tanjung Jara ini telah menjadi salah satu pusat pelancongan yang sangat popular di Terengganu kerana keindahan alam dan suasana yang sangat cantik disamping banyak kemudahan yang telah disediakan begitu selesa yang boleh memberikan para pelancong kenangan.
Pantai ini telah menyediakan penginapan yang selesa untuk para pelancong yang datang ke sini. Harga yang ditawarkan begitu sesuai dengan layanan yang diberikan. Para pelancong juga boleh menikmati rawatan spa yang disediakan di pantai ini disamping menikmati suasana yang dingin di malam hari dengan menikmati hidangan yang sangat sedap di restoran-restoran yang ada.
0 comments:
Post a Comment
Pemerintah & Menteri Pelancongan
MAS
AIRASIA
FIREFLY
View shoutbox
Csq Terengganu
Copyright © 2010
0 comments:
Post a Comment